Cari:
Gencatan Senjata di Syria Bermula
2016-02-27 15:19:35 CRI Cetak

Tiada bunyi tembakan kedengaran di seluruh Syria hari ini selepas persetujuan gencatan senjata yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dikuatkuasakan, perdamaian utama pertama dalam tempoh lima tahun perang saudara yang meragut lebih 250,000 nyawa.

Pada detik tengah malam, tembak-menembak dihentikan di sekitar pinggir bandar ibu negara dan bandar Aleppo yang teruk dibedil, sehari selepas serangan udara bertalu-talu Rusia terhadap kubu pemberontak di seluruh Syria.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria menyatakan, keadaan di utara wilayah Latakia dan wilayah tengah Homs dan Hama juga sepi.

Gencatan senjata di seluruh negara itu adalah yang pertama dicapai sejak perang saudara Syria meletus pada 2011. Utusan khas Setiausaha Agung PBB bagi isu Syria, Staffan de Mistura berkata, rundingan damai akan disambung semula pada 7 Mac depan jika perjanjian gencatan senjata berterusan dan lebih banyak bantuan disampaikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China