Cari:
Rusia Henti Serangan di Syria
2016-02-28 14:53:31 CRI Cetak

Ketua Direktorat Markas Turus Am Rusia, Sergei Rutskoy menyatakan, tentera udara negara itu menggantung operasi pengeboman di zon hijau di Syria semalam, sebagai mematuhi persetujuan gencatan senjata yang dimeterai oleh Moscow dan Washington.

Menurut beliau, tentera Rusia dan AS bertukar peta mengenai operasi mereka di Syria ketika pertempuran berhenti di 34 kawasan penempatan di negara itu. Pada semalam, semua penerbangan di ruang udara Syria termasuk penerbangan jarak jauh tidak dilakukan.

Pihak Rusia mahu mengelak kemungkinan berlakunya kesilapan serangan dan juga sebagai mematuhi resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC).

Zon hijau adalah kawasan di mana kumpulan bersenjata yang bertelagah bersetuju dengan pelaksanaan gencatan senjata berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China