Cari:
Rusia, AS Tingkatkan Kerjasama Ketenteraan di Syria
2016-02-29 15:01:02 CRI Cetak

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry telah berbincang tentang isu Syria dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) melalui telefon semalam.

Menurut agensi berita Russia Today, atas cadangan Rusia, menteri luar kedua-dua negara itu telah bertukar-tukar pendapat tentang pelaksanaan perjanjian gencatan senjata Syria dan menegaskan pentingnya kedua-dua negara meningkatkan kerjasama ketenteraan di Syria.

Kedua-dua pihak berpendapat, sebarang tindakan media yang mengheboh-hebohkan berita tentang pihak berkenaan tidak mematuhi perjanjian gencatan senjata adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Dalam isu DPRK pula, Rusia dan AS akan terus mengadakan koordinasi sehingga Majlis Keselamatan PBB (UNSC) menetapkan resolusi baharu mengenai sekatan terhadap negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China