Cari:
Merkel: Dasar Pelarian Tidak Akan Berubah
2016-02-29 17:32:34 CRI Cetak

Canselor Jerman, Angela Merkel semasa diwawancara media Jerman semalam menyatakan bahawa kerajaannya tidak akan mengubah dasar pelarian yang sedia ada dan tidak akan menetapkan had maksimum pelarian.

Menurut beliau, kerajaan komited untuk mengurangkan bilangan pelarian di negara itu, namun beliau menentang penetapan had maksimum bagi menerima pelarian.

Tambah beliau lagi, krisis pelarian memberikan cabaran yang besar kepadanya. Sekiranya sesetengah negara Eropah menutup sempadan, maka negara lain turut terkena tempiasnya.

Oleh itu, Merkel menegaskan, negara-negara Eropah mesti bersatu padu untuk menunjukkan semangat kemanusiaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China