Cari:
Li Keqiang Ditemui Utusan Khas Presiden AS
2016-03-01 16:55:26 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui utusan khas Presiden Amerika Syarikat (AS) yang juga Setiausaha Perbendaharaan, Jacob Lew di Beijing semalam.

Li Keqiang berkata, China amat mementingkan hubungan dengan AS serta kerjasama ekonomi dan perdagangan.

China bersedia untuk bersama-sama dengan AS meningkatkan komunikasi dan rundingan, menggalakkan perjanjian pelaburan dua hala yang bertaraf tinggi dan saling menguntungkan.

Li Keqiang telah menerangkan situasi semasa ekonomi China kepada Jacob Lew. Beliau menyatakan bahawa China sedang berada pada fasa transformasi ekonomi. Pembaharuan struktur ekonomi yang sedang dilaksanakan adalah untuk merangsang kedinamikan pasaran dan daya inovasi.

Tambah beliau lagi, China akan memastikan kestabilan kadar pertukaran mata wang RMB pada tahap yang munasabah.

Jacob Lew pula berkata, dasar kerajaan China dalam kadar pertukaran RMB dan pembaharuan struktur ekonomi telah memberikan isyarat positif yang membantu meningkatkan keyakinan masyarakat antarabangsa.

Beliau berkata, AS bersedia untuk memperkukuh komunikasi dengan China, mengadakan dialog strategi dan ekonomi pusingan baharu kedua-dua negara dan menggalakkan rundingan perjanjian pelaburan dua hala mencapai kemajuan penting secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China