Cari:
Ban Ki-moon Kutuk Serangan Bom di Iraq
2016-03-01 12:56:13 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengutuk sekeras-kerasnya serangan berani mati yang berlaku di Iraq baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui jurucakapnya, Ban berkata, kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) telah mencetuskan serangan berani mati di majlis pengebumian, pasar dan masjid untuk menimbulkan suasana yang menakutkan. Beliau bimbang perpaduan rakyat Iraq akan terjejas akibat serangan tersebut.

Beliau menggesa kerajaan Iraq mengenakan tindakan terhadap penyerang berkenaan di samping menegaskan bahawa PBB menyokong penuh usaha Iraq untuk mengadakan dialog dan mewujudkan perdamaian.

Sekurang-kurangnya 17 maut, manakala 41 lagi cedera dalam serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh IS dalam satu majlis pengebumian di daerah yang didiami pengikut Syiah di wilayah Diyala, timur Iraq malam semalam.

Sebelum itu, sekurang-kurangnya 53 maut dan 117 lagi cedera dalam dua serangan berani mati di sebuah pasar yang penuh sesak dengan orang ramai di bandar al-Sadr utara Baghdad.

IS mengaku bertanggungjawab atas serangan berani mati tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China