Cari:
AS Lancar Serangan Siber terhadap IS
2016-03-01 15:20:55 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) akan melancarkan serangan siber terhadap kumpulan ekstremis Negara Islam (IS), selain serangan udara.

Demikian dinyatakan Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter dalam sidang akhbar di Pentagon semalam.

Menurut beliau, objektif serangan siber itu bertujuan untuk memusnahkan sistem kawalan IS hingga mereka hilang keyakinan terhadap rangkaian sistem tersebut dan tidak dapat beroperasi lagi.

AS adalah negara pertama yang memperkenalkan konsep perang alam siber di dunia dan telah menubuhkan pusat arahan siber di bawah pentadbiran tentera AS.

Menurut data yang dikeluarkan Rumah Putih, pusat arahan siber telah menubuhkan 133 pasukan siber yang terdiri daripada 6200 orang. Anggota itu telah mengambil bahagian dalam beberapa operasi siber, namun pasukan itu akan beroperasi penuh pada tahun 2018.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China