Cari:
Rusia Umumkan Pelan Antikrisis 2016
2016-03-02 11:38:26 CRI Cetak

Rusia memperkenalkan pelan antikrisis 2016 bagi memelihara kestabilan dan pembangunan sosioekonomi berikutan situasi ekonomi global yang rumit, ketidakstabilan harga sumber tenaga, dan pergolakan kadar pertukaran mata wang.

Berita itu diumumkan melalui portal kerajaan Rusia semalam.

Untuk menangani krisis dan mewujudkan kepelbagaian ekonomi, tumpuan kerajaan Rusia termasuklah menyusun struktur ekonomi, menjamin persekitaran perniagaan, menyokong pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mengembangkan eksport produk bukan tenaga, dan lain-lain.

Pelan tersebut akan memperkenalkan 120 langkah yang meliputi pelbagai aspek seperti menyokong pengambilan pekerja dan jaminan sosial dengan melibatkan peruntukan sebanyak RUB880 bilion (RM49.98 bilion).

Menurut laporan lagi, Perdana Menteri Rusia,Dmitry Medvedev telah menandatangani pelan antikrisis tersebut pada 29 Februari lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China