Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk dan Canselor Austria, Werner Fayman mengadakan rundingan di Vienna membincangkan kaedah penyelesaian isu pelarian.
Dalam sidang akhbar selepas rundingan, Tusk menyatakan bahawa 28 negara Kesatuan Eropah (EU) sepatutnya menyelaraskan tindakan untuk melaksanakan semula peraturan tentang sempadan Schengen.
Menurut beliau, EU mesti bersatu hati dalam menghadapi isu kemanusiaan, khususnya memberikan sokongan kepada Greece yang dibanjiri pelarian.
Beliau menegaskan lagi, EU mesti meningkatkan kerjasama dengan Turki. EU merancang untuk menyediakan bantuan kewangan kepada negara-negara jiran yang berada di kawasan konflik dan berharap agar Turki turut meningkatkan peruntukan bagi menangani krisis pelarian.
Werner Fayman pula berkata, Austria menentang keras penghantaran pelarian dari luar sempadan EU ke kawasan tengah Eropah. Oleh itu, dasar pemindahan pelarian tersebut mesti dihentikan.
Tambah beliau lagi, hanya satu dasar Eropah yang sama sahaja dapat memelihara sempadan EU.