Sesi promosi Ekspo China-Asia Selatan ke-4 yang juga Karnival Perdagangan Import-Eksport Kunming ke-24 diadakan di Beijing semalam.
Vietnam akan menjadi negara tamu utama dalam karnival perdagangan tersebut.
Gabenor Provinsi Yunnan, Chen Hao mengumumkan bahawa ekspo tersebut akan diadakan di Kunming pada 12 hingga 17 Jun 2016.
Menurut beliau, lebih banyak usahawan dari Asia Selatan, Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Barat, malah Eropah dan Afrika mencari peluang perdagangan di Yunnan.
Provinsi itu juga akan mempercepat pembangunan demi menggalakkan lawatan muhibah dan kerjasama saling menguntungkan dengan pelbagai negara.