Cari:
Rundingan Damai Isu Syria Ditunda ke 9 Mac
2016-03-02 14:50:44 CRI Cetak

Pejabat utusan khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas isu Syria mengumumkan, rundingan damai mengenai isu Syria pusingan baharu ditunda ke 9 Mac ini bagi memberikan lebih masa pada peringkat operasi dan logistik mengemukakan syarat untuk menyambung semula rundingan damai.

Pada 26 Februari lalu, utusan khas Setiausaha Agung PBB atas isu Syria, Staffan de Mistura menyatakan bahawa sekiranya perjanjian gencatan senjata pelbagai pihak bertelagah Syria dapat dilaksanakan bermula pada 27 Februari dan laluan bantuan kemanusiaan dapat dilancarkan, maka rundingan damai yang tergantung sementara waktu boleh dimulakan semula pada 7 Mac.

Rundingan damai isu Syria pusingan baharu di Geneva telah ditangguhkan pada 3 Februari lalu dan berdasarkan jadual, rundingan tersebut sepatutnya dimulakan semula pada 25 Februari.

AS dan Rusia telah mencapai perjanjian gencatan senjata dengan pelbagai pihak bertelagah di Syria pada 22 Februari lalu dan dilaksanakan bermula pada 27 Februari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China