Aubrey McClendon, 56, pemegang saham pasukan bola keranjang NBA, Thunder maut akibat nahas lalu lintas di Oklahoma pada 2 Mac lalu.
Nahas berlaku apabila kereta yang dipandu McClendon melanggar benteng lebuh raya dengan kelajuan melebihi had laju 50 batu sejam.
Menurut pihak polis, McClendon tidak mengikat tali pinggang keledar ketika itu.
Sehari sebelum itu, McClendon dituduh kerana disyaki memanipulasi tender sebuah projek minyak dan gas asli. Pihak polis masih menyiasat sama ada insiden itu kes bunuh diri.