Cari:
CPPCC Komited Jayakan FYP-13
2016-03-04 16:27:24 CRI Cetak

Sidang ke-4 Jawatankuasa Kebangsaan ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dibuka tirai semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Yu Zhengsheng ketika membentangkan laporan kerja dalam upacara perasmian sidang itu berkata, CPPCC akan mengemukakan usul-usul mengenai pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-13 (FYP-13). Pihaknya komited meningkatkan keefisienan dalam menjalankan perundingan politik dan penyeliaan demokrasi, bagi memainkan peranan lebih penting sebagai komponen barisan bersatu patriotik rakyat China.

2016 merupakan permulaan bagi usaha mewujudkan masyarakat kaya secara menyeluruh, dan tempoh penting untuk mempercepat pembaharuan struktur ekonomi China. Dengan latar belakang Parti Komunis China (PKC) mengemukakan konsep pembangunan baharu yang berlandaskan inovasi, koordinasi, hijau, terbuka dan berkongsi, Yu Zhengsheng telah memperincikan tugas-tugas utama CPPCC pada tahun ini. Kata beliau, "Usul-usul yang dikemukakan CPPCC bagi menjayakan FYP-13 akan memberi fokus kepada pembaharuan struktur pembekalan serta pengurangan kapasiti pengeluaran berlebihan dan kos pengeluaran. Dalam pada itu, CPPCC akan turun padang untuk menjalankan tinjauan dengan bersungguh-sungguh."

CPPCC merancang untuk mengadakan tiga sesi perbincangan khas yang masing-masing memfokuskan penaiktarafan industri di tiga provinsi timur laut China, skim keusahawanan dan inovasi dalam kalangan rakyat serta pembaharuan sistem perubatan. CPPCC juga akan mengadakan mesyuarat kerja bagi menganalisis situasi ekonomi makro pada setiap suku tahun bagi mengemukakan usul-usul yang membantu memastikan pembangunan ekonomi yang sihat dan berterusan.

Selain itu, CPPCC akan berusaha untuk meningkatkan penyeliaan demokrasi. Yu Zhengsheng berkata, "CPPCC akan melakukan tinjauan yang tertumpu pada pelaksanaan pembaharuan dan dasar-dasar berkaitan oleh kerajaan pelbagai peringkat serta pencapaian sasaran penting dalam tempoh FYP-13."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China