Cari:
AS Digesa Tidak Keluar Kenyataan Mengelirukan
2016-03-04 16:07:39 CRI Cetak

Sidang akhbar Sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 diadakan di Dewan Besar Rakyat Beijing pagi tadi.

Jurucakap persidangan itu, Fu Ying, ketika mengulas dakwaan tentang China menenterakan Laut China Selatan, menyatakan bahawa terdapat beberapa laporan Amerika Syarikat (AS) yang mengutuk China mengancam keselamatan dan menjejaskan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan, tindakan AS seumpama itu telah mengelirukan situasi di rantau ini.

Menurut beliau, pertama, rakyat China tidak berpuas hati dengan tindakan AS menghantar kapal perang ke kepulauan Nansha. AS menegaskan pendirian iaitu tidak terlibat dalam isu Laut China Selatan, namun negara itu telah mengambil tindakan yang merumitkan situasi. Kedua, China tidak pernah mengiktiraf sesetengah negara yang menduduki kepulauan Nansha secara haram.

Pendirian China iaitu "mengetepikan pertikaian dan meneroka bersama" bukanlah melepaskan kedaulatan negera terhadap kepulauan tersebut, tetapi bertujuan untuk memelihara keamanan dan kestabilan rantau berkenaan.

Fu Ying menegaskan, sekiranya AS benar-benar mahu melihat keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, maka negara itu patut menyokong China dan negera-negara terlibat menyelesaikan perselisihan melalui rundingan, sebaliknya bukan mengeluarkan kenyataan yang merumitkan situasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China