Cari:
EU Kemukakan Peta Garisan "Pemulihan Sistem Schengen"
2016-03-05 11:42:29 CRI Cetak

Berdasarkan peta garisan "pemulihan sistem Schengen" yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) semalam, kawalan sempadan dalam kawasan EU perlu dibatalkan menjelang penghujung tahun ini supaya memulihkan perjalanan yang bebas dan normal di kawasan Schengen.

EU berpendapat bahawa "rintangan" dalam kawasan Schengen yang dibina untuk mengekang kemasukan pelarian bukan sahaja menjejaskan perjalanan warga rantau itu, malah akan mendatangkan kerugian ekonomi yang besar. Menurut unjuran dan pengiraan Suruhanjaya EU, kerugian ekonomi dijangka akan mencatat 5 hingga 18 bilion Euro setahun sekiranya kawalan sempadan dilaksanakan menyeluruh dalam kawasan Schengen.

Menurut pegawai kanan EU, sebanyak 8 buah negara Schengen telah melaksanakan kawalan sempadan secara sementara. Negara-negara Schengen patut meningkatkan kawalan sempadan luar demi menjamin perjalanan dalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China