Cari:
Li Keqiang: Pembangunan Sosioekonomi China Mampan Lagi Baik pada Tahun 2015
2016-03-05 09:26:37 CRI Cetak

Dalam tempoh setahun yang lalu, pembangunan China menghadapi banyak kesukaran dan cabaran yang sengit. Di bawah pimpinaan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya Xi Jinping, rakyat seluruh negara China telah mengatasi kesukaran dan terus mencapai kemajuan dengan keyakinan yang kukuh dan semangat yang tinggi. Pembangunan sosioekonomi mampan lagi baik. Sasaran utama pembangunan tahun 2015 tercapai, di samping pembaharuan, pelaksanaan dasar pintu terbuka dan modenisasi yang bercirikan sosialis mencapai hasil cemerlang yang baharu.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika membuat laporan kerja kerajaan.


Menurut beliau, operasi ekonomi China berada pada tahap yang rasional. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China yang mencatat RMB 67.7 trilion yuan dengan kadar peningkatan 6.9%, mendahului pelbagai entiti ekonomi utama di dunia. Jumlah pengeluaran bahan makanan mencatatkan peningkatan selama 12 tahun berturut-turut. Peningkatan harga penggunaan penduduk dikekalkan pada tahap yang rendah. Lebih 13.12 juta peluang pekerjaan ditawarkan di bandar dan pekan, iaitu jauh lebih banyak daripada sasaran yang ditetapkan, sehingga menjadi satu kejayaan yang amat membanggakan dalam operasi ekonomi tahun lalu.


Menurut beliau lagi, pendapatan boleh guna per kapita penduduk meningkat 7.4%, lebih tinggi berbanding dengan pertumbuhan ekonomi.

Masalah keselamatan air minum untuk 64.34 juta lagi penduduk di kawasan luar bandar diselesaikan. Pembasmian kemiskinan ditingkatkan, jumlah penduduk miskin di kawasan luar bandar menurun 14.42 juta orang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China