Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam laporan kerja kerajaan menyatakan bahawa sepanjang tahun lalu, diplomasi China mencapai hasil yang cemerlang, ini terbukti dengan hubungan China dengan beberapa negara besar mencapai kemajuan, kerjasama pragmatik dengan negara-negara berhampiran terus ditingkatkan, kerjasama persahabatan dengan negara-negara membangun terus berkembang, hubungan dengan pelbagai pertubuhan dan mekanisme antarabangsa termasuk PBB dikukuhkan secara menyeluruh, pertukaran ekonomi, diplomatik dan kebudayaan amat berkesan. Sebagai negara besar yang bertanggungjawab, China telah memainkan peranan penting dan bersifat membina dalam menangani hal ehwal antarabangsa dan serantau.