Cari:
Sasaran Pertumbuhan Ekonomi Tahun Ini 6.5-7 Peratus
2016-03-05 10:00:48 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika membuat laporan kerja kerajaan pada majlis perasmian Sidang Ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-12 pagi tadi telah menerangkan sasaran kerja kerajaan pada tahun ini, iaitu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai kadar 6.5 hingga 7 peratus; peningkatan harga penggunaan penduduk dikawal pada kira-kira 3 peratus; penambahan peluang pekerjaan di bandar dan pekan sebanyak lebih 10 juta; kadar pengangguran di bandar dan pekan di bawah 4.5 peratus; import dan eksport pulih dan stabil; imbangan pembayaran antarabangsa diwujudkan; peningkatan pendapatan penduduk selaras dengan pertumbuhan ekonomi. Selain itu, penggunaan sumber tenaga bagi seunit KDNK menurun 3.4 peratus ke atas, dan pelepasan bahan pencemaran utama terus diturunkan.


Menurut beliau lagi, sasaran pertumbuhan ekonomi yang mencatat 6.5 hingga 7 peratus, adalah dibuat berdasarkan pertimbangan yang selaras dengan sasaran pembangunan masyarakat kaya secara menyeluruh, dan pertimbangan perlunya untuk menggalakkan pengubahsuaian struktur industri. Ini bermanfaat bagi menstabilkan pasaran yang kondusif.

Selain itu, menstabilkan pertumbuhan ekonomi terutamanya untuk mengawal pengangguran dan memberikan manfaat kepada kehidupan rakyat. Pertumbuhan ekonomi pada kadar 6.5 hingga 7 peratus mampu menjamin bekalan peluang kerja yang mencukupi.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China