China akan menggerakkan dasar pintu terbuka pusingan baharu pada tahap yang tinggi, dan komited untuk merealisasikan kerjasama dan situasi menang-menang.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika membuat laporan kerja kerajaan.
Menurut beliau, China akan menggalakkan pembinaan "Jalur & Laluan" (B&R), menyelaraskan penerokaan dan keterbukaan dalam negeri dengan kerjasama ekonomi antarabangsa, bersama-sama membina hab kerjasama koridor ekonomi darat dan maritim, mempertingkatkan kesalinghubungan, kerjasama ekonomi dan perdagangan serta pertukaran sosiobudaya.
Beliau berkata, kerajaan akan berusaha membentuk dan membina mekanisme kerjasama kelulusan kastam sepanjang B&R, dan membina laluan logistik antarabangsa. China akan menggalakkan pembinaan zon kerjasama ekonomi di kawasan sempadan, kawasan kerjasama ekonomi rentas sempadan dan kawasan kerjasama ekonomi dan perdagangan di seberang laut. Menjalankan perbincangan, pembinaan bersama dan perkongsian supaya menjadikan B&R satu ikatan kedamaian dan persahabatan serta jalan kemakmuran bersama.