Cari:
Pembangunan Masyarakat Kaya, Misi Utama Rancangan Lima Tahun Ke-13
2016-03-06 14:10:21 CRI Cetak

Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Xu Shaoshi telah memperkenalkan pembangunan sosioekonomi China dan Rancangan Lima Tahun Ke-13 (FYP-13) dalam sidang media sempena Sidang Ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-12 pagi tadi.

Menurut beliau, rancangan lima tahun tersebut mempunyai ciri-ciri yang berikut:

Pertama, rancangan tersebut amat bermakna dalam pembangunan sosioekonomi China kerana matlamatnya adalah untuk merealisasikan masyarakat kaya secara menyeluruh.

Kedua, rancangan tersebut disusun berdasarkan cadangan yang dikemukakan dalam Persidangan Ke-5 Jawatankuasa Pusat ke-18 Parti Komunis China (PKC), konsep "empat komprehensif" dan inovasi, penyelarasan, mesra alam, terbuka, dan berkongsi pembangunan.

Ketiga, rancangan tersebut telah melaksanakan konsep baharu pembangunan dan merintis ekonomi normal baharu.

Keempat, rancangan tersebut menetapkan matlamat secara saintifik dengan misi pembangunan masyarakat kaya secara menyeluruh.

Kelima, beberapa dasar, projek dan program yang penting dikemukakan dalam rancangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China