Sebuah loji penapis minyak yang terletak di Pasadena, tenggara Texas Amerika Syarikat (AS) meletup pagi semalam waktu tempatan, mengakibatkan sekurang-kurang seorang cedera.
Menurut laporan media tempatan, kini kebakaran di loji tersebut telah dikawal. Oleh sebab terdapat bahan kimia disimpan dalam loji tersebut, sebuah terowong trafik yang berdekatan dengan loji itu telah ditutup demi keselamatan penduduk sekitarnya.
Pihak loji tersebut menafikan berlakunya kejadian letupan, hanya mengakui berlakunya kebakaran.