Cari:
Xi: Galakkan Inovasi, Intensifkan Pembaharuan dan Pintu Terbuka
2016-03-06 14:50:09 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menggalakkan Shanghai berperanan sebagai pelopor dan perintis dalam pembaharuan dan inovasi negara ini.

Beliau berkata demikian ketika menyertai perbincangan delegasi Shanghai sempena Sidang Ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 di Beijing petang semalam.

Xi Jinping menegaskan, Shanghai perlu terus mengekalkan semangat tinggi untuk menjalankan inovasi, melaksanakan konsep pembangunan yang berteraskan inovasi, koordinasi, mesra alam, terbuka dan berkongsi bersama, mengintensifkan pembaharuan dan pintu terbuka, serta mempercepat pembinaan pusat inovasi sains dan teknologi yang berpengaruh di arena antarabangsa dan mendorong pembaharuan struktur pembekalan.

Beliau juga memuji hasil bandar raya Shanghai yang berani menjalankan inovasi dan pembaharuan dalam tempoh setahun lalu. Beliau berharap Shanghai terus berusaha untuk meningkatkan pembaharuan dengan mengambil peluang pembinaan Zon Ujian Perdagangan Bebas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China