Cari:
Kerajaan Syria Galakkan Permuafakatan Politik
2016-03-06 14:19:49 CRI Cetak

Konflik kekerasan di Syria semakin reda berikutan perjanjian gencatan senjata dikuatkuasakan seminggu lalu. Gencatan senjata dilaksanakan di kebanyakan kawasan di negara itu walaupun masih terdapat pertempuran kecil yang berlaku di beberapa tempat.

Kerajaan Syria sedang giat menggalakan perdamaian dicapai dengan pihak pembangkang.

Dalam pada itu, pihak-pihak berkenaan terus membanteras kumpulan pengganas di negara itu.

Pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang beribu pejabat di London menyatakan bahawa kejadian kekerasan banyak berkurang di wilayah Syria berikutan perjanjian gencatan senjata dilaksanakan. Di kawasan yang melaksanakan perjanjian gencatan senjata, sebanyak 135 orang terkorban; manakala jumlah korban di kawasan lain mencacat 552 orang. Situasi keselamatan di beberapa tempat di Syria semakin pulih.

Presiden Syria, Bashar al-Assad menggesa semua kumpulan militan meletakkan senjata dan mencapai perdamaian dengan kerajaan. Kerajaan berjanji tidak akan mengenakan tindakan terhadap mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China