Cari:
Leung Chun-ying: Hubungan Guangdong-HK Semakin Rapat
2016-03-06 14:20:23 CRI Cetak

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China, Leung Chun-ying menyatakan bahawa hubungan antara Hong Kong dengan provinsi Guangdong kian dirapatkan pada tahun lalu, dan kedua-dua kawasan itu akan terus memperluas ruang kerjasama kelak.

Leung Chun-ying telah turut hadir dalam majlis perasmian Sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 yang diadakan pagi semalam. Beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin provinsi Guangdong petang semalam.

Menurut Leung, Hong Kong dan Guangdong mengekalkan interaksi dan hubungan yang rapat dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kebudayaan, sains dan teknologi, serta golongan belia. Beliau berharap agar kerjasama antara Hong Kong dengan Guangdong dapat terus mencapai kejayaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China