Sekurang-kurangnya 51 maut, manakala 70 orang lagi cedera apabila sebuah trak dipandu pengebom bunuh diri kumpulan militan Negara Islam (IS) merempuh pos pemeriksaan di Hilla, selatan Baghdad, semalam.
IS mengumumkan bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Kini, IS mengawal sebahagian besar wilayah barat dan utara Iraq serta bertempur dengan tentera kerajaan Iraq di beberapa wilayah.
Sejak Disember tahun lepas, atas sokongan pakatan antarabangsa, tentera kerajaan Iraq berjaya menawan beberapa bandar yang diduduki oleh IS.
Kumpulan militan itu seterusnya melancarkan serangan di beberapa bandar termasuk Baghdad, ibu negara Iraq untuk membalas dendam.