Cari:
China Bantah Provokasi di Semenanjung Korea
2016-03-07 17:58:12 CRI Cetak

China prihatin terhadap kestabilan Semenanjung Korea, dan menentang sebarang provokasi di semenanjung tersebut.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei ketika menjawab soalan tentang latihan tentera bersama antara Korea Selatan dengan Amerika Syarikat (AS), dalam sidang media hari ini.

Hong berkata, China dan Rusia amat bimbang akan tindakan AS dan Korea Selatan menggalakkan penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan.

China dan Rusia bersependapat, tindakan tersebut hanya akan merumitkan ketegangan di Semenanjung Korea, menjejaskan keseimbangan strategik serantau, sekali gus menjejaskan keselamatan strategik China dan Rusia.

Sehubungan dengan itu, China dan Rusia membantah sekeras-kerasnya tindakan AS dan Korea Selatan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China