Cari:
Latihan Tentera Bersama AS-Korea Selatan
2016-03-07 13:09:56 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengutuk latihan tentera bersama antara Amerika Syarikat (AS) dengan Korea Selatan yang diadakan pada 7 Mac ini.

Menurut jurucakap Kementerian Luar DPRK, latihan tentera bersama dengan kod "Key Resolve" dan "Foal Eagle" itu disertai oleh 15 ribu anggota tentera AS dan 290 ribu anggota tentera Korea Selatan.

Beberapa senjata strategik turut digunakan dalam latihan tersebut, antaranya termasuk kapal selam nuklear dan jet pejuang F-22.

Jurucakap itu menyifatkan latihan tentera tersebut sebagai operasi perang yang amat berbahaya.

Menurut laporan media Korea Selatan, latihan tentera bersama itu adalah skala yang paling besar sejak berlakunya peristiwa "Cheonan" pada Mac 2010.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China