Cari:
Sasaran Ekonomi China Tepat
2016-03-07 14:47:10 CRI Cetak

Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) menjadi perhatian media asing, kerana beberapa isyarat penting berkaitan dengan trend pembangunan ekonomi negara ini dijangka dikeluarkan dalam persidangan tersebut.

Ketika membentangkan laporan kerja kerajaan di hadapan wakil NPC pada 5 Mac lalu, Perdana Menteri, Li Keqiang berkata, pertumbuhan ekonomi China diunjurkan pada 6.5 hingga 7 peratus pada tahun 2016.

Purata kadar pertumbuhan tahunan yang disasarkan dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-13 pula adalah lebih daripada 6.5 peratus.

Sehubungan dengan itu, akhbar The New York Times berkata, berlainan dengan sasaran kadar pertumbuhan ekonomi pada satu angka yang khusus, kadar tersebut kini ditetapkan dalam bentuk julat. Ini merupakan satu langkah yang amat tepat.

Akhbar Financial Times dan Reuters Britain dalam laporan mereka pula berkata, kerajaan China menyasarkan defisit belanjawan pada 3 peratus bagi tahun 2016. Angka ini lebih rendah daripada jangkaan sesetengah pihak, iaitu hampir 4 peratus.

Hal ini menunjukkan bahawa walaupun berdepan dengan tempias akibat pertumbuhan ekonomi yang perlahan, namun kerajaan China masih tidak mahu meningkatkan rangsangan fiskal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China