Cari:
FYP-13 China Jadi Tumpuan
2016-03-07 14:49:38 CRI Cetak

Sidang Ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 yang sedang berlangsung di Beijing mengadakan sidang pleno pada sebelah pagi ini untuk membahas draf Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China bagi Tempoh Lima Tahun Ke-13(FYP-13) yang akan menentukan hala tuju pembangunan China dalam tempoh lima tahun akan datang. Pada sebelah petang, pelbagai delegasi akan mengadakan mesyuarat berkumpulan untuk terus membahas draf itu.

FYP-13 merupakan rancangan pembangunan selepas ekonomi China memasuki situasi "normal baharu", dengan menyasarkan pewujudan masyarakat kaya yang menyeluruh. Rancangan strategik ini turut memperincikan bidang-bidang yang diberi keutamaan dalam pembangunan China, haluan pembaharuan dan langkah-langkah berkenaan untuk membolehkan rakyat China merealisasikan sasaran seratus tahun pertama menurut jadual.

Rancangan pembangunan bagi tempoh lima tahun merupakan komponen penting rancangan strategik ekonomi China, yang menetapkan sasaran dan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara ini. Rancangan lima tahun yang pertama dilaksanakan pada tahun 1953.

FYP-13 yang akan mengeluarkan unjuran pertumbuhan ekonomi China untuk tempoh lima tahun akan datang amat menarik tumpuan media. Unjuran itu dikeluarkan ketika ekonomi China berdepan dengan tekanan kemerosotan, dengan berlatarbelakangkan pelaksanaan penyusunan semula struktur ekonomi. Rancangan itu bukan sahaja memainkan peranan panduan bagi ragam pasaran, malah juga dasar pentadbiran kerajaan.

Penolong Profesor Yan Yilong dari Sekolah Dasar Awam dan Pengurusan Universiti Tsinghua menganalisis bahawa menurut syarat ekonomi pasaran, rancangan lima tahun mempunyai tiga fungsi utama, iaitu mengehadkan pengagihan sumber awam, memberi panduan kepada perusahaan semasa melaksanakan rancangan berkenaan dan mengeluarkan unjuran untuk menstabilkan jangkaan masyarakat.

Ekonomi China berkembang dengan stabil dan pada kadar pertumbuhan yang sederhana serta industri China berkembang ke tahap lebih tinggi merupakan matlamat utama dalam tempoh pelaksanaan FYP-13. FYP-13 akan terus menyediakan petunjuk berkenaan seperti kadar pertumbuhan ekonomi, serta indeks-indeks melibatkan pelbagai bidang termasuk perlindungan alam sekitar, pembasmian kemiskinan dan perkhidmatan awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China