Cari:
China Berusaha demi Keamanan dan Kestabilan Laut China Selatan
2016-03-08 14:50:35 CRI Cetak

China telah melaksanakan pelbagai usaha demi keamanan dan kestabilan Laut China Selatan termasuk menubuhkan Tabung Kerjasama Maritim China-ASEAN yang sudah membiayai lebih 40 projek kerjasama.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi pada sidang media sempena sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-12 di Beijing pagi tadi.

Menurut Wang, China aktif mendorong rundingan mengenai Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan dan membantu memuktamadkan dua dokumen persepakatan.

Hal tersebut jelas mempamerkan keikhlasan China untuk bersama-sama dengan negara-negara ASEAN bagi memelihara keharmonian Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China