Gencatan senjata merupakan faktor utama bagi meredakan konflik dan memulihkan situasi kemanusiaan di Syria.
Demikian dinyatakan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menerusi telefon semalam.
Dalam perbincangan itu, Putin telah memperkenalkan tindakan yang dilakukan Rusia bagi menggalakkan pelaksanaan gencatan senjata antara pihak-pihak berkonflik di Syria.
Pemimpin kedua-dua negara bersetuju untuk merapatkan lagi kerjasama di bawah rangka Kumpulan Penyokong Antarabangsa Syria (ISSG), di samping menekankan keperluan untuk membanteras kumpulan pengganas di Syria dan Libya.