Cari:
China Lihat ASEAN Sebagai Rakan Kerjasama Utama
2016-03-08 15:22:16 CRI Cetak

China akan mengekalkan konsep diplomasi yang bersifat ikhlas, jujur, saling menguntungkan dan inklusif bagi membina komuniti berkongsi masa depan yang lebih rapat dengan ASEAN.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang media sempena sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) hari ini.

Menurut beliau, tahun ini merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN. Hubungan antara kedua-dua pihak telah mengharungi pelbagai ujian dan kini telah membuahkan hasil dalam pelbagai kerjasama.

Ketika ditanya tentang pendekatan yang akan diperkenalkan China bagi menyokong pembangunan ASEAN, Wang berkata, China melihat ASEAN sebagai rakan kerjasama utama dalam empat bidang, iaitu inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), Perjanjian Perdagangan Bebas(FTA), kerjasama serantau dan kerjasama maritim.

China berazam untuk menjayakan projek kereta api China-Laos dan China-Thailand serta kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung, di samping berusaha menggalakkan pembinaan rangkaian landasan kereta api rentas Asia.

China juga komited terhadap penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) bagi memberikan lebih banyak manfaat kepada syarikat dan rakyat kedua-dua pihak.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China