Cari:
Ola Bola Bakal ke Festival Filem Taipei
2016-03-08 16:25:15 CRI Cetak

Filem Malaysia, Ola Bola yang mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat filem Malaysia akan ditayangkan di Festival Filem Taipei Golden Fantastic antara 8 hingga 17 April ini.

Syarikat penerbitan filem berkenaan, Astro Shaw berkata, filem arahan Chiu Keng Guan itu hanya akan ditayangkan semasa festival itu dan tiada sebarang pencalonan anugerah yang diberikan untuk filem tersebut.

Filem Ola Bola telah memenangi hati dan minda rakyat Malaysia sebagai filem tempatan yang memperoleh kutipan pecah panggung melebihi RM16 juta dan kini masih ditayangkan setelah 39 hari di pawagam.

Ola Bola merupakan sebuah filem fiksyen mengenai pasukan pemain bola sepak yang terdiri daripada pelbagai budaya dalam menghadapi isu-isu peribadi dan cabaran sepasukan berjuang untuk mendapat kejayaan di peringkat antarabangsa.

(sumber: Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China