Cari:
China Sasarkan Pertumbuhan Ekonomi 6.5% hingga 7%
2016-03-08 14:03:31 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam laporan kerja kerajaan yang disampaikan pada 3 Mac lalu mengatakan bahawa pertumbuhan ekonomi China tahun ini diunjurkan pada kadar 6.5% hingga 7%. Ini merupakan kali pertama kerajaan China menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi tahunan dalam bentuk julat.

Dahulu, kerajaan China biasanya menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi dengan suatu angka tetap. Bermula pada tahun 1999, angka itu selalu diiringi dengan perkataan "kira-kira". Tahun ini, sasaran tersebut ditetapkan dalam bentuk julat, yang dianggap lebih sesuai dengan hukum ekonomi dan kondusif untuk membolehkan pasaran memainkan peranan utama dalam ekonomi negara.

Pada tahun 2015, ekonomi China telah mengekalkan pertumbuhan pada kadar 6.9% dengan jumlah ekonomi melebihi USD 10 trilion. Dalam pada itu, China menyumbangkan kira-kira 25% kepada jumlah ekonomi dunia dan kira-kira 14% KDNK global.

Pertumbuhan ekonomi China dalam julat antara 6.5% dengan 7% pada tahun 2016 ditetapkan dengan mempertimbangkan "kemustahakan" mewujudkan masyarakat kaya yang menyeluruh menjelang tahun 2020 dan "kemunasabahan" usaha mengintensifkan pembaharuan struktur ekonomi.

Laporan Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) telah mengeluarkan sasaran untuk mewujudkan masyarakat kaya yang menyeluruh, serta KDNK dan pendapatan rakyat yang meningkat sekali ganda berbanding 2010 menjelang tahun 2020.

Menurut anggaran pakar berkenaan, demi mewujudkan sasaran tersebut, China perlu mencatat purata pertumbuhan ekonomi melebihi 6.5% setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang. Pendapatan rakyat pula harus bertambah pada kadar sekurang-kurangnya purata 5.8% setiap tahun, barulah pembangunan ekonomi dapat sejajar dengan pertambahan pendapatan rakyat.

Walaupun pertumbuhan ekonomi China semakin perlahan, tetapi kemampuan untuk menyediakan peluang kerja terus meningkat berikutan pengubahsuaian struktur ekonomi negara ini. Dari aspek hubungan antara pertumbuhan ekonomi dengan pasaran kerja, kadar pertumbuhan ekonomi yang ditetapkan dalam julat antara 6.5% hingga 7% dijangka menyediakan peluang kerja baharu kepada 11 juta hingga 12 juta orang, selaras dengan matlamat berkenaan.

Pemerhati berpendapat bahawa sasaran pertumbuhan ekonomi yang ditetapkan dalam bentuk julat menandakan China sedang mencari "titik keseimbangan" antara usaha mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang munasabah dengan menggalakkan transformasi dan penaiktarafan industri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China