Cari:
Kerajaan Beijing Keluarkan Rancangan Pembangunan Sukan Ais dan Salji
2016-03-09 09:30:25 CRI Cetak

Pihak berkuasa Bandar Beijing mengeluarkan cadangan mengenai usaha mempercepat pembangunan sukan ais dan salji serta tujuh rancangan sampingan bagi tahun 2016-2022.

Menurut rancangan tersebut, pendapatan daripada industri sukan ais dan salji Beijing akan mencatat kira-kira RMB 40 bilion menjelang tahun 2022 dan dijangka seramai 8 juta orang akan mengambil bahagian dalam sukan ais dan salji.

Selain itu, sistem perkhidmatan sukan ais dan salji yang lebih lengkap akan siap dibangunkan untuk meletakkan asas yang lebih kukuh bagi menjayakan Sukan Olimpik Musim Sejuk Tahun 2022 di Beijing, sekali gus menggalakkan sukan ais dan salji China berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China