Cari:
Gelombang Pelarian Semakin Besar di Jerman
2016-03-09 16:24:21 CRI Cetak

Menurut data terkini Kementerian Dalam Negeri Jerman semalam, sebanyak 67,797 pelarian memohon suaka politik di Pejabat Imigrasi dan Pelarian Persekutuan Jerman pada Februari tahun ini, meningkat 30.1 peratus berbanding dengan Januari tahun ini, dan meningkat 159.9 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Penambahan pelarian di Jerman pada bulan Januari dan Februari tahun ini telah melebihi 100 ribu orang.

Sebelum ini, negara berkenaan bimbang akan tindakan negara-negara di Semenanjung Balkan menutup "laluan Balkan" yang menyebabkan sebilangan besar pelarian yang ingin ke Eropah Barat melalui kawasan Balkan terkandas di sempadan Greece dan Macedonia.

Tindakan negara-negara tersebut dianggap untuk mengurangkan jumlah pelarian ke Jerman.

Namun, menurut data kementerian itu, bilangan pelarian ke Jerman semakin bertambah tanpa henti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China