China berharap agar pasukan penyiasat antarabangsa akan sedaya upaya meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca nahas itu dan memberikan penjelasan sewajarnya kepada semua anggota keluarga penumpang pesawat itu.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media hari ini.
Tambah beliau, China akan terus mengekalkan interaksi dan kerjasama yang erat dengan negara-negara terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370.
Pada 8 Mac lalu, pasukan penyiasat antarabangsa pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 mengeluarkan kenyataan interim bahawa pihaknya akan meneruskan tugasan untuk memuktamadkan analisis dapatan dan cadangan keselamatan dalam lapan bidang yang berkaitan dengan kehilangan pesawat berdasarkan maklumat sedia ada.