Cari:
Sentimen Masyarakat Antarabangsa terhadap Prospek Ekonomi China
2016-03-09 11:51:50 CRI Cetak

Ketika membentangkan laporan kerja dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) baru-baru ini, Perdana Menteri, Li Keqiang berkata, pertumbuhan ekonomi China diunjurkan pada kadar julat 6.5 hingga 7 peratus pada tahun 2016.

Menurut pandangan masyarakat antarabangsa, kadar pertumbuhan yang ditetapkan dalam bentuk julat itu memperlihatkan keazaman kerajaan China dalam menjayakan transformasi ekonomi, di samping mengamalkan dasar ekonomi yang fleksibel.

Akhbar Financial Times Britain dalam artikelnya berkata, sasaran itu memperlihatkan kesungguhan kerajaan China dalam mewujudkan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dengan usaha reformasi.

Agensi Berita The Associated Press AS berpendapat bahawa julat sasaran pertumbuhan ekonomi itu merupakan langkah kerajaan dalam menghapuskan kebimbangan dan melonjakkan keyakinan di pasaran.

Akhbar Yomiuri Shimbun Jepun menyatakan bahawa kerajaan China komited mewujudkan sasaran ekonomi itu dengan meningkatkan perbelanjaan fiskal dan melaksanakan pelbagai dasar kewangan. Tindakan ini pasti akan memantapkan keyakinan pasaran.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China