Menurut kelaziman ITF, pemain yang gagal ujian doping biasanya akan berdepan dengan hukuman penggantungan selama empat tahun, tetapi tempoh tersebut boleh dipendekkan mengikut keadaan.
Sharapova, 28, mengadakan sidang media di Los Angeles pada hari yang sama mengakui telah menerima maklumat ITF itu. Menurut beliau, Meldonium, ubat yang diambilnya sejak tahun 2006 itu adalah untuk mengubati penyakitnya.