Cari:
China Komited Tingkatkan Kapasiti Pengeluaran Makanan
2016-03-09 17:19:24 CRI Cetak

Menteri Pertanian China, Han Changfu pada sidang media semalam menyatakan bahawa dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China bagi Tempoh Lima Tahun Ke-13 (FYP-13), China tidak lagi mengejar peningkatan pengeluaran bahan makanan secara berterusan, sebaliknya akan memperkukuh dan meningkatkan kapasiti pengeluaran bahan makanan. Ini merupakan kali pertama kerajaan China tidak menegaskan keperluan untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan secara berterusan.

Han Changfu menyatakan bahawa jika kapasiti pengeluaran bahan makanan ditingkatkan, sebarang keperluan untuk bahan makanan dapat dipenuhi dengan segera.

Daripada mengejar jumlah pengeluaran kepada komitmen untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, perubahan ini adalah signifikan. Zhang Zhaoxin, penyelidik dari Institut Penyelidikan Ekonomi Desa, Kementerian Pertanian menyatakan bahawa mengejar peningkatan jumlah pengeluaran semata-mata telah mengakibatkan ketidakseimbangan struktur antara permintaan dengan pembekalan, sekali gus memberikan tekanan yang besar kepada ekologi. Menurut Zhang, situasi tersebut perlu diubah.

Menyentuh kaedah meningkatkan kapasiti pengeluaran bahan makanan, Menteri Pertanian, Han Changfu memperkenalkan dasar strategik termasuk menggunakan tanah pertanian secara saintifik dan rasional agar menjamin hasil tuaian sentiasa makmur, dan meningkatkan jumlah hasil pertanian dengan menggunakan sains dan teknologi. Sehubungan dengan itu, penyelidik dari Akademi Sains Sosial China, Li Guoxiang menganggap perlunya meningkatkan pembangunan infrastruktur pengeluaran bahan makanan di samping menambah peruntukan dalam sains dan teknologi pertanian. Selain pendekatan tersebut, Zhang Zhaoxin menekankan bahawa mekanisme penentuan harga produk pertanian perlu disempurnakan.

Laporan kerajaan kerajaan tahun ini menyatakan bahawa antara tugas utama sektor pertanian pada tahun 2016 adalah mempercepat pengubahsuaian struktur industri pertanian dan membimbing kaum tani mengubah struktur penanaman dan penternakan menurut keperluan pasaran. Pakar menganggap, langkah kerajaan menekankan peningkatan kapasiti pengeluaran adalah untuk menyelaras dengan pengubahsuaian struktur itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China