Cari:
Jepun Dituntut Berhati-hati dalam Isu Laut China Selatan
2016-03-11 14:33:17 CRI Cetak
Jepun bukanlah pihak yang terlibat dengan kontroversi Laut China Selatan, oleh itu perlu berhati-hati ketika menangani isu berkenaan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media di Beijing semalam.

Dilaporkan, Filipina kelmarin mengumumkan akan menyewa lima pesawat TC-90 daripada Jepun bagi membantu tentera Filipina melakukan rondaan di Laut China Selatan untuk "melindungi kedaulatan wilayah Filipina".

Dalam hal ini, Hong berkata, sekiranya tindakan Filipina itu berniat untuk mencabar kedaulatan dan kepentingan keselamatan China, China akan membantah sekeras-kerasnya.

Tambah beliau lagi, China mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa China sentiasa berwaspada dengan tindakan Jepun kerana Jepun bukanlah pihak yang terbabit dengan kontroversi berkenaan.

China menggesa Jepun agar berhati-hati serta tidak mengambil tindakan yang merumitkan situasi dan menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China