Cari:
Media Asing Fokuskan Perlindungan Alam dan Pembangunan Hijau China
2016-03-12 15:48:35 CRI Cetak

"Kawalan pencemaran dan jerebu, perlindungan alam sekitar, pembangunan hijau" merupakan salah satu topik hangat yang dibincangkan oleh pelbagai kalangan dalam tempoh Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) pada tahun ini. Bagaimana China dapat menjadikan tekanan perlindungan alam sekitar berubah sebagai penggerak untuk menaiktaraf dan mentransformasi ekonomi, merupakan fokus media antarabangsa.

Dalam sidang media semalam, wartawan media asing sudah beberapa kali bertanya pada Menteri Perlindungan Alam Sekitar China, Chen Jining mengenai fokus tersebut.

Ketika menjawab soalan wartawan dari New York Times tentang penggunaan batu arang dan tindakan kawalan kerajaan, Chen berkata, isu pencemaran udara China terutamanya berpunca dari struktur penggunaan sumber tenaga. China sudah menetapkan sasaran yang jelas tentang kecekapan dan struktur tenaga dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-13. Sementara itu, negara ini juga sedang mempromosikan penggunaan batu arang bersih.  

Menyentuh mengenai soalan dari Agensi Berita Reuter Perancis tentang peningkatan cukai alam sekitar, Chen berkata, NPC sedang menggubal undang-undang cukai perlindungan alam sekitar, dengan tujuannya untuk membina satu mekanisme yang lebih baik bagi menggalakkan perusahaan mengurangkan pelepasan benda pencemaran.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura melaporkan bahawa China sedang berusaha mengawal pelepasan pencemaran, dan tindakan itu masih dipengaruhi oleh syarat alam seperti arah dan kelajuan angin. Chen menegaskan, perlindungan alam sekitar tidak bertentangan dengan pembangunan. Sebenarnya, seiring dengan ekonomi China memasuki tahap normal baharu, perlindungan alam sekitar bukan sahaja tidak akan menjadi beban, sebaliknya akan mendorong transformasi dan penaiktarafan ekonomi China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China