Cari:
Kerajaan Syria Bersedia Dorong Rundingan Damai Geneva
2016-03-13 15:29:03 CRI Cetak

Delegasi kerajaan Syria akan bertolak ke Geneva untuk mendorong rundingan damai tentang isu Syria diadakan dengan jayanya.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Syria yang juga Menteri Luar, Walid Muallem dalam sidang media di Damsyik semalam.

Menurut Walid, delegasi kerajaan Syria telah menerima undangan daripada utusan khas Setiausaha Agung PBB bagi isu Syria, Staffan de Mistura tentang penglibatan dalam rundingan damai . Walid mengalu-alukan bahawa Mistyra akan terlebih dahulu mengadakan rundingan dengan delegasi itu.

Tambah Walid, rakyat Syria bersikap optimistik tentang rundingan damai itu, namun kejayaan rundingan tersebut bergantung pada pihak-pihak peserta yang lain. Beliau berharap pihak pembangkang yang menghadiri rundingan damai itu patut mempunyai perwakilan yang berbilang kaum, termasuk pihak pembangkang domestik Syria yang tiada kaitan dengan kuasa asing.

Walid Muallem berkata, krisis Syria sudah pun mendekati tarikh akhir. Beliau menyeru militan boleh menggunakan peluang gencatan senjata ini untuk melibatkan diri dalam proses kedamaian. Kerajaaan Syria menghormati perjanjian gencatan senjata, namun tentera kerajaan juga berhak menyerang balas tindakan yang melanggar perjanjian itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China