Cari:
PBB: Tinggalan Sejarah Musnah Akibat Kekurangan Pendidikan
2016-03-13 16:46:38 CRI Cetak

Artifak dan tempat bersejarah di negara-negara yang dilanda perang termasuk Syria dan Iraq dimusnah secara sewenang-wenangnya oleh kumpulan militan Negara Islam (IS). Kekurangan pendidikan merupakan punca utama bagi kerugian tamadun manusia yang besar.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatau (UNESCO), Irina Bokova dalam majlis perasmian Forum Pendidikan dan Teknologi Global 2016 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu semalam.

Beliau menegaskan, tempat bersejarah di Syria dan Iraq merupakan buaian dan asas tamadun bagi segala manusia. Pemusnahan artifak dan tempat bersejarah di situ merupakan kerugian yang amat besar bagi kita.

Tambah Bokova, dalam hal itu, UNESCO telah menetapkan agenda pendidikan 2030 dengan bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidik di lingkungan global terutamanya mendidik kanak-kanak lebih inklusif dan memahami nilai warisan budaya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China