Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Harta Intelek Negara China (SIPO), Shen Changyu ketika menghadiri sidang ke-4 NPC ke-12 semalam berkata, pihaknya akan mengambil langkah yang lebih berkesan untuk melindungi harta intelek.
Menurut Shen, usaha kerajaan untuk melindungi harta intelek amat berhasil pada beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi usaha tersebut masih perlu diperkasakan. SIPO akan menggubal dasar yang lebih ketat bagi sistem perlindungan harta intelek, dan bekerjasama dengan NPC serta badan-badan berkenaan untuk meminda Undang-Undang Harta Intelek. Sementara itu, pihaknya akan memperkasakan pelaksanaan undang-undang dan membanteras pelbagai tindakan yang mencabul harta intelek agar melindungi hak dan kepentingan pemilik harta intelek serta membina persekitaran inovasi dan suasana merintis usaha yang lebih baik.