Cari:
Hakikat Hak Asasi Manusia di AS
2016-03-14 15:26:06 CRI Cetak

Program televisyen berbentuk dokumentari yang berjudul "Catatan 'Pembela' Hak Asasi Manusia" disiarkan melalui saluran pertama Stesen TV Pusat China (CCTV-1) semalam.

Program TV tersebut telah memaparkan keadaan hak asasi manusia yang sebenar di Amerika Syrikat (AS) dari aspek kewartawanan serta menggunakan data yang autentik dan interpretasi pakar. Program tersebut juga telah menunjukkan pelbagai contoh mengenai pencabulan hak asasi manusia di AS yang mencerminkan amalan dwistandard AS dalam semua isu hak asasi manusia.

Program TV yang sepanjang 45 minit itu mengandungi wawancara dengan pakar-pakar dari China, AS, Perancis, Kanada, Rusia dan Switzerland, membolehkan penonton mengetahui hakikat dan situasi sebenar hak asasi manusia di AS dari pelbagai sudut.

Menurut seorang pakar dalam filem itu, AS diharap dapat menghayati "Catatan 'Pembela' Hak Asasi Manusia" tersebut dan membaiki keadaan itu. Sekiranya hanya menyuruh negara lain membaiki keadaan hak asasi manusia tanpa negara sendiri membaikinya, itu adalah sikap yang sungguh hipokrit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China