Cari:
34 Maut dalam Serangan Bom di Turki
2016-03-14 15:45:32 CRI Cetak

Menurut Agensi Anadolu Turki, serangan bom kereta yang berlaku malam semalam telah mengakibatkan 34 orang maut dan 125 lagi cedera.

Kerajaan Turki memaklumkan, pada pukul 6.35 petang waktu tempatan, letupan bom kereta telah berlaku di perhentian bas berhampiran dengan sebuah taman yang terletak di dataran Kizilay, pusat bandar itu. Serangan itu berlaku semasa kesibukan trafik pada hujung minggu. Hingga sekarang, masih belum terdapat mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengeluarkan kenyataan yang berjanji Turki akan terus memerangi keganasan habis-habisan. Dalam pada itu, Perdana Menteri Turki, Davutoglu telah mengadakan mesyuarat keselamatan tergempar malam semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China