Cari:
CPPCC Terima 4248 Usul Secara Rasmi
2016-03-15 11:50:15 CRI Cetak

Setakat pukul 5.00 petang pada 8 Mac lalu, Jawatankuasa Usul Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) telah menerima 5375 usul dengan 4248 daripadanya telah diterima secara rasmi dan akan diserahkan kepada pihak bertanggungjawab.

Sebanyak 1783 usul melibatkan pembangunan ekonomi, 445 usul melibatkan pembangunan politik, manakala 269 usul lagi melibatkan pembangunan kebudayaan. Selain itu, terdapat juga 1334 usul yang berkaitan dengan pembangunan sosial dan 417 usul melibatkan pembangunan tamadun ekologi.

Difahamkan, usul-usul tersebut dikemukakan oleh 1972 anggota CPPCC yang merupakan 89.1 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota CPPCC. Terdapat juga isu yang memfokuskan pendapat dan cadangan Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun ke-13.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China