Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam mengarahkan tentera utamanya berundur dari Syria bermula 15 Mac.
Menurut maklumat laman web Istana Kremlin, ketika bertemu dengan Menteri Pertahanan dan Menteri Luar, Putin berharap agar keputusannya menjadi isyarat penting kepada pelbagai puak bertelagah Syria bagi meningkatkan kepercayaan dalam penyelesaian politik Syria dan membantu menangani konflik Syria secara damai.
Dalam perkembangan lain, Presiden Syria, Bashar al-Assad bersetuju dengan pengunduran tentera udara Rusia dari Syria dalam perbualan telefon dengan Putin semalam, namun kubu tentera Rusia yang digunakan bagi menyokong penerbangan pesawat akan dikekalkan di Syria.