Cari:
Larangan Penerbangan di Perairan Provinsi Hainan
2016-03-15 15:16:06 CRI Cetak

Baru-baru ini, pihak berkuasa provinsi Hainan China telah mengeluarkan pekeliling yang melarang semua aktiviti penerbangan di kawasan perairan provinsi Hainan sempena berlangsungnya Sidang Pemimpin Kerjasama Sungai Lancang-Mekong dan sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2016. Tindakan tersebut adalah untuk memastikan keselamatan kedua-dua sidang itu.

Menurut pekeliling itu, berdasarkan Peraturan Asas Penerbangan Republik Rakyat China, pengawalan ruang udara oleh pihak berkuasa provinsi Hainan akan ditingkatkan bermula pada pukul 8.00 pagi, 21 Mac hingga 12.00 tengah malam 25 Mac. Ruang udara tersebut melarang semua aktiviti penerbangan yang berbentuk sukan, hiburan dan pengiklanan, selain melarang penggunaan belon udara panas dan melepaskan tanglung. Selain itu, semua agensi yang terlibat dalam pengurusan dan penggunaan alat penerbangan kecil diminta meningkatkan pemantauan dengan lebih ketat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China